Kingdiamond1's Weblog » Kaunseling Keagamaan
Hak Muslim: Isteri didera perlu berani bertindak
Suami lakukan kezaliman adalah alasan kukuh bagi wanita untuk tuntut fasakh
Soalan:
SAYA bersuamikan seorang lelaki yang cepat panas baran. Dia kerap memukul, menampar dan menendang saya lebih-lebih lagi jika kami kehabisan wang. Pernah saya cuba untuk melaporkan perbuatannya kepada polis atau mendapat laporan perubatan, tetapi ia tidak dapat dilakukan kerana dihalang suami. Malah, tidak ada saksi yang melihat kejadian itu kecuali anak berusia tujuh tahun. Selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, dia mengurung saya dalam rumah. Saya seolah-olah terpenjara dalam rumah sendiri. Dia mengurung saya berminggu-minggu hingga kesan luka serta lebam di badan hilang. Dia juga pernah mengugut untuk menghalau saya pada suatu malam selepas membogelkan saya. Saya juga pernah mengalami penderitaan seks ketika masih dalam pantang. Apa yang patut saya lakukan.
Isteri mangsa kezaliman,
Selangor.
Jawapan:
Saya sangat bersimpati dengan nasib puan. Apa yang puan lalui adalah satu pengalaman menyakitkan dan saya berharap puan bersabar, berusaha mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelamatkan diri dan membawa kes ke muka pengadilan.
Suami puan sudah melakukan tindakan tidak wajar yang berlawanan dengan ajaran Islam. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik kamu adalah mereka yang baik dengan isterinya. Dan aku adalah yang terbaik di antara kamu.”
Ini menunjukkan Rasulullah SAW menyuruh suami berlaku lembut, melayan isteri dengan baik dan tidak melakukan keganasan terhadap isteri. Baginda SAW sendiri tidak pernah menyakiti isterinya walau apa alasan yang ada. Semoga Allah memberi petunjuk kepada suami puan untuk berubah serta bertaubat atas dosa dan kesalahan yang dilakukan.
Sebenarnya keganasan rumah tangga sama ada dilakukan suami atau isteri adalah satu daripada perlakuan tidak sihat yang berlaku dalam masyarakat. Ini sudah tentu membawa kepada ketidakselesaan, menggugat kebahagiaan dan keharmonian hidup berkeluarga.
Mengikut kajian, kejadian suami mendera isteri, sama ada secara fizikal atau mental sudah lama berlaku dan berterusan hingga hari ini. Statistik menunjukkan keganasan rumah tangga banyak berlaku dan ada sesetengah isteri hanya berdiam diri serta mengalah atas apa yang dilaluinya. Perkara ini wajar diubah bersama.
Hakikatnya, atas tangan isteri untuk mengambil tindakan ke atas keganasan dilakukan suami atau membiarkan keganasan itu berterusan tanpa membuat tindakan segera untuk mengelakkan berlakunya keganasan.
Keganasan atau kezaliman suami terhadap isteri seharusnya dihentikan segera dan isteri yang menghadapi keadaan seperti itu perlu berani untuk bertindak bagi menghalang perbuatan itu berterusan. Inilah antara perkara besar dalam rangka memperkasakan jiwa wanita yang teruji dengan masalah sebegini.
Puan seharusnya melakukan sesuatu dan mengambil tindakan segera jika mahu menyelamatkan rumah tangga dan memberhentikan tindakan zalim terhadap diri serta anak.
Pada pandangan saya, apabila kita membiarkan dan menyembunyikan keganasan yang dilakukan suami, ia boleh disifatkan sebagai penyumbang kepada keganasan suami yang pasti melakukan kezaliman lebih besar. Sedangkan Rasulullah SAW memberi nasihat supaya jangan melakukan kemudaratan ke atas orang lain dan jangan membiarkan orang melakukan kemudaratan ke atas kita.
Saya mencadangkan supaya puan berusaha mendapatkan bantuan moral daripada keluarga terdekat atau jiran yang ada. Kemungkinan dengan campur tangan ibu bapa kedua-dua belah pihak, hubungan rumah tangga puan dapat diperbaiki.
Pada masa sama, suka saya nasihatkan bahawa walaupun tiada saksi ketika puan dipukul, puan masih boleh mendapatkan bantuan kerana mungkin jiran mendengar pergaduhan dan melihat kesan lebam yang ada di badan puan.
Orang terdekat yang mengetahui hubungan dan layanan buruk dibuat terhadap puan boleh memberi keterangan di mahkamah jika perlu. Ia akan menguatkan permohonan puan jika di bawa ke mahkamah.
Antara perkara yang puan perlu ambil sekiranya berlaku deraan adalah segera melaporkan penderaan itu kepada polis. Pihak polis akan merekodkan aduan itu dan mereka akan membuat laporan rasmi yang boleh digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah.
Puan juga wajar mendapatkan rawatan daripada doktor perubatan, laporan doktor adalah perlu untuk dijadikan bahan bukti (qarinah) di mahkamah jika perlu. Dalam kes jika puan dikurung dan sebagainya, puan boleh berusaha mendapatkan rawatan sebaik berjaya mencari jalan keluar. Adalah nyata suami puan tidak menaruh belas ihsan kepada puan dan melakukan perkara yang jelas bertentangan dengan agama.
Perlakuan buruk seperti inilah yang sangat kita khuatiri kerana ia boleh memburukkan nama baik agama di kalangan orang luar. Kadang-kadang perlakuan segelintir golongan tersasar ini dijadikan hujah bahawa Islam yang mengajar umatnya melayan isteri dengan keras dan kasar.
Puan boleh merujuk kepada Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor di mana dalam Seksyen 53, ada diperuntukkan jelas bahawa seseorang suami itu disifatkan sebagai melakukan kekejaman dan kezaliman kepada isterinya jika dia lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan isteri menderita berpunca daripada perbuatan aniaya, termasuk suami berkawan dengan wanita jahat atau berperangai keji pada pandangan syarak.
Suami juga dianggap kejam jika memaksa isterinya hidup secara lucah kerana ia bertentangan dengan syarak dan Undang-Undang Keluarga Islam. Selain itu, suami kejam dan zalim jika melupuskan harta isteri atau melarang isteri menggunakan haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu. Malah, suami juga dianggap zalim jika menghalang isterinya menjalankan kewajipan terhadap agama.
Suami yang mencederakan isterinya seperti memukul, menampar serta menendang adalah melakukan kezaliman dan ia adalah alasan yang kukuh untuk menuntut fasakh. Di samping itu, suami juga boleh diambil tindakan jika dengan sengaja menyebabkan cedera atau dengan sengaja menyebabkan cedera, dengan jalan menggunakan senjata atau lain benda berbahaya yang berkaitan dengan peruntukan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga dan Kanun Keseksaan.
Puan boleh menghubungi mana-mana peguam syarie yang berdekatan untuk mendapatkan nasihat terperinci mengenai hak puan. Jika puan tidak bekerja atau mempunyai tahap pendapatan tertentu, puan boleh menggunakan khidmat Peguam Biro Bantuan Guaman (BBG) yang berdekatan dengan tempat puan. Saya doakan puan berjaya mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelamatkan diri dan anak.
Jawapan disediakan Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Nurhidayah Muhd Hashim. Sebarang komentar boleh dihantar ke excopgsm@yahoo. com. Layari http://peguamsyarie .blogspot. com
Suami Mithali Idaman Isteri
EBAGAI  lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai  orang
dikagumi? Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir  dalam
satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan  kepada
semua – disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung  keluarga dan
sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia  akhirat?
SEBAGAI lelaki, pernahkah terfikir untuk  menjadikan diri sebagai orang
dikagumi? Bukan saja memiliki perawakan  menarik tetapi hadir dalam
satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga  menjadi teladan kepada
semua – disayangi isteri, dihormati anak-anak,  disanjung keluarga dan
sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia  akhirat?
Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal  menjadi
pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan   cuba
memenuhi apa yang  diinginkan wanita. Jika anda mengidam mendapat
pasangan yang memenuhi  segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk
menjadi lelaki yang  sesempurna mungkin.
Berikut adalah petua bagaimana hendak  memenuhi aspirasi berkenaan dan
anda mungkin mampu memenuhinya jika  piawaian yang anda ada menepati
apa yang dicari golongan  hawa.
Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya  anda lelaki paling
bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak  masyarakat, agama
dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang  sewajarnya.
Marilah kita selidiki kalau  ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini
ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat  semula jadi anda. Tentu
anda bakal diburu oleh wanita  mendambakan lelaki seperti  dimaksudkan.
1. Pasang  niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat
dan berdoa  anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami
terlupa  mengenai hal ini.
2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur  kerana mempunyai
pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang  Tuhan tentukan
untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang  terbaik.
3. Suami ‘mithali’ menjadi kebanggaan isteri. Pastikan  anda membentuk
sifat positif dan istimewa.. Cuba  tanya diri apakah sifat atau amalan
yang boleh dibanggakan isteri  anda.
4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap  hari.
Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa  minit
yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap  hari?
5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila  suami
tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan  akan
turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
6. Pastikan  anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan
semasa dalam  perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai
suami membazir  masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
7. Telefon isteri  ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang
anda sayang ataupun  rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok
dan bahagia apabila  mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
8. Hiburkan hati isteri  anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan
yang mesra. Setiap  gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan
hubungan suami  isteri.
9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan  nasihat
menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan  dan
mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan  semasa
makan.
10. Ajak isteri mandi bersama sekali  sekala. Bergurau senda semasa
mandi bersama adalah sunnah yang dapat  mengeratkan hubungan suami
isteri.
11. Bantu isteri  melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat
meringankan beban  isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan
pasangan  anda.
12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan  bermesyuarat
menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan  menyelesaikan banyak
masalah.
13. Pastikan penampilan anda  anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan
ceria. Ramai suami inginkan  isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan
penampilan diri sendiri. Mana  adil ?
14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan  secara hikmah.
Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan  yang
cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
15. Berikan  nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan
kemampuan suami.  Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja.
Ramai suami yang  kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita
dan rumah tangga  terancam.
16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat  keperluan,
kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri  yang bahagia
membentuk keluarga sejahtera.
17. Sentiasa  taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga
juga patuh  kepada Tuhan.
18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri.  Ramai suami secara
sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan  isteri kepada
orang lain. Ini wajib dihentikan.
19.  Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami  yang
membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami
memusuhi  keluarga isteri. Anda bagaimana?
20. Bentuk sifat cemburu yang  positif. Cemburu tanda beriman, sayang
dan endah. Suami yang tidak  cemburu adalah dayus. Isteri amat suka
apabila suaminya ada sifat  cemburu. Dia rasa dihargai.
21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga  isteri di bawah tapak kaki
suami. Maafkanlah isteri setiap malam  sebelum tidur supaya rumah
tangga bahagia dan isteri mudah masuk  syurga.
22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang.  Isteri
merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar.  Apabila
suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan  memberontak.
23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ‘role model’.  Hidupkan amalan
sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila  mendidik dan
menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
24.  Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain.. Ini adalah
tertib  memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain
daripada  isterinya. Elakan kesilapan ini.
25. Suruh isteri dirikan  sembahyang dan ibadah lain. Apabila
berjauhan, telefon atau SMS bagi  mengingatkan sembahyang. Wasiatkan
isteri untuk sembahyang fardu dan  sunat. Buat pesanan ini sehingga
suami meninggal  dunia.
26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat,  bertambah
mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah  sengsara
serta berteraskan iman dan takwa.
27. Sentiasa  berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri  dan
keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan  turut
berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan  gemilang.
28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga.  Ramai suami
tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa  lagi khidmat
tambahan yang patut diberikan kepada  keluarga.
29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang  tenang, sabar,
waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap  menyelesaikan
masalah.
30. Memuliakan semua perempuan  bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki
cuba  hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap
suami  yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk
pembantu  rumah.
Gusar tunang, bakal mentua tak penting agama
Bicara Kalbu:
Jawapan oleh Dr Hafidzi Mohd Noor
www.bicarakalbu.blogspot.com
Soalan :
SAYA wanita berusia 23 tahun, sudah bertunang dan merancang mendirikan rumah tangga Mac 2008. Masalah saya ialah tidak suka kepada bakal mentua kerana mereka kurang mementingkan agama. Dalam tempoh perkenalan dan pertunangan saya banyak mengenali serta mengetahui mengenai keluarga tunang saya. Bapa tunang saya mempunyai kebolehan menghalau makhluk halus, tetapi peliknya, saya tidak pernah melihat beliau sembahyang. Malah, pernah kami keluar bersama dari pagi hingga petang, beliau tidak meminta untuk berhenti di masjid mendirikan solat. Lagi satu, penampilan bapa mentua tidak sekemas bapa saya yang bertubuh sasa serta mementingkan nilai agama kepada isteri serta anak. Perkara itu membuatkan saya memandang rendah keluarga tunang saya. Persoalannya bagaimana saya dapat menerima keluarga bakal suami. Antara tujuan saya mengahwini tunang adalah untuk mengubah beliau menjadi lebih baik dengan bantuan ibu bapa saya.
Siswi positif
Serdang, Selangor
Jawapan :
Saya ada beberapa pandangan mengenai masalah saudari. Pertama, kembali kepada asas perkahwinan dalam Islam, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Seorang wanita itu dikahwini kerana keturunannya, hartanya, rupa parasnya dan agamanya. Maka, pilihlah yang beragama nescaya beruntung kedua tanganmu.”
Apa yang boleh disimpulkan ialah Nabi SAW mengatakan lumrah bagi seseorang itu berkahwin kerana empat sebab terbabit. Tetapi, sebab yang keempat akan membawa kebahagiaan berpanjangan dan berkekalan (dunia hingga akhirat).
Inilah kiasan di sebalik ‘beruntung kedua tanganmu’. Sebab lain sifatnya duniawi dan sementara. Harta bukan sesuatu yang kekal dan boleh pindah milik pada bila-bila masa. Rupa paras ada tempoh luputnya. Wajah cantik tidak kekal lama dan ketika itu pandangan beralih kepada lebih menawan.
Lelaki yang bijak akan memilih isteri yang beragama. Bukan mudah untuk seorang berubah melalui perkahwinan. Ramai bertekad untuk mengubah pasangannya selepas berkahwin. Kenyataannya ramai yang gagal kerana yang ingin mengubah itu juga tidak kuat pegangan agamanya.
Penghayatan agama adalah sesuatu yang dihayati dan bukan didorong faktor luaran. Penghayatan agama bermula dengan pendidikan sejak kecil hingga amalan seperti solat dan kewajipan lain menjadi darah daging dalam diri seseorang.
Jika seseorang itu mahu berubah dan menghayati agama kerana jatuh cinta pada seseorang, ia sangat diragui. Keinginannya untuk berubah adalah didorong rasa cintanya. Kerana cinta ia sanggup melakukan apa saja.
Tetapi, apabila sudah berumahtangga dan cinta mulai pudar kembalilah ia kepada cara lamanya. Saya tidak mengatakan tidak ada orang yang berubah selepas berkahwin, tetapi peratus amat kecil sehingga tidak boleh dijadikan sandaran.
Jika lelaki berhadapan dengan cabaran besar untuk mendidik isteri yang kurang beragama, bagaimana pula halnya isteri hendak mendidik suami? Suami punya egonya tersendiri apatah lagi suami yang kurang agamanya.
Dia sekali-kali tidak akan tunduk kepada isteri yang dianggap cuba untuk mengajarnya. Sedangkan perintah Allah pun tidak diendahkan, inikan pula untuk menerima nasihat seorang isteri? Jauh panggang daripada api.
Pembawaan bakal bapa mentua dan anaknya yang tidak mendirikan solat juga sudah cukup untuk menggambarkan latar belakang pendidikan agama bakal suami anda. Barang siapa yang meninggalkan solat bererti meruntuhkan agamanya.
Nabi SAW bersabda bermaksud:
“Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat bererti mendirikan agama, sesiapa yang meninggalkannya bererti meruntuhkan agama.”
Mungkin tidak adil jika saya kaitkan bapa dengan anak kerana anak boleh berubah walaupun tidak dididik dengan soal keagamaan oleh keluarganya. Namun, apabila saudari mendedahkan tunang anda pun jarang solat dan mencuaikan solat Jumaat, nampaknya dia tidak jauh berbeza daripada ayahnya dalam soal ini.
Cubalah saudari bincangkan perkara ini dengan ayah dan keluarga. Saya yakin keluarga saudari yang berpegang teguh dengan agama pasti membimbing saudari untuk membuat keputusan terbaik dalam hal ini.
Ingatlah, membina rumah tangga adalah membina takwa. Sabda Nabi SAW bermaksud:
“Apabila berkahwin seseorang dia melengkapkan separuh agamanya. Maka, hendaklah dia bertakwa pada selebihnya.”
- Jawapan disediakan Dr Hafidzi Mohd Noor dengan kerjasama Wanita JIM. Persoalan dan jawapan yang lalu boleh dilayari di www.bicarakalbu.blogspot.com
Kaunseling Remaja: Gadis cantik mencintai suami orang
Oleh Dr Sapora Sipon
SAYA bertemu kekasih melalui Internet secara tidak sengaja. Sikapnya yang selalu mengambil berat menyebabkan saya memilih dia menjadi teman istimewa saya.
Secara jujur, ramai lelaki ingin menjadikan saya teman istimewa kerana saya dikategorikan gadis yang cantik. Bukanlah saya nak memuji diri sendiri cuma, ramai yang berkata saya cantik.
Walaupun ramai lelaki meminati saya, kekasih saya satu-satunya lelaki yang memikat hati saya.
Kekasih saya tua lebih 5 tahun daripada saya. Saya berusia 23 tahun. Saat-saat indah bercinta saya diganggu oleh pengakuan dirinya yang mengatakan dia seorang suami dan bapa kepada dua anak. Ini menyebabkan saya amat sedih.
Masalahnya, saya amat sukar melupakannya walaupun tahu kekasih saya itu suami orang. Apatah lagi dia mengatakan keinginannya memperisterikan saya. Bolehlah saya katakan, dia telah melamar saya beberapa kali.
Seboleh-bolehnya saya tidak mahu menganggu kebahagiaan rumah tangga wanita lain. Ibu saya adalah isteri pertama bapa saya.
Bapa mempunyai seorang isteri lain dan bapa lebih menyayangi isteri keduanya itu daripada ibu saya. Saya rasakan ini amat tidak adil.
Walaupun ibu cuba menyembunyikan perasaannya, saya tahu peritnya perasaan ibu. Ini kerana saya selalu juga melihat ibu menangis bersendirian.
Pengalaman pahit ibu itu membuatkan saya bertekad untuk tidak berkawan apatah lagi mengambil suami orang.
Malangnya Dr, saya terperangkap dengan keadaan yang saya tidak ingini ini. Saya memohon Dr membantu saya.
Mahani
Kodiang, Kedah
JATUH cinta dan mencintai adalah fitrah dalam kehidupan setiap insan. Begitu juga fitrah untuk hidup secara berpasangan. Apatah lagi apabila menemui orang yang dirasakan dapat membahagiakan diri.
Cinta yang berputik dari ruang siber juga menjadi semakin lumrah kerana proses kesejagatan teknologi maklumat berlaku. Kini amat mudah bagi kita untuk mengenali insan lain melalui alam siber seperti Internet dan blog.
Bagi diri adik, cinta yang berputik dari dunia siber kini menjadi cinta yang menuntut adik untuk membuat keputusan penting dalam hidup adik. Ia mewujudkan konflik yang ingin adik leraikan.
Dr amat memahami konflik adik. Tetapi bak kata orang “berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul”. Adik kini terperangkap di antara perasaan sayangkan kekasih tetapi pada waktu yang sama tidak mahu menganggu kebahagiaan wanita lain. Pengalaman ibu adik bermadu menyebabkan adik merasa lebih tertekan dengan masalah adik ini.
Niat suci kekasih adik untuk menjadikan adik isteri keduanya menunjukkan kekasih adik itu memang sayangkan adik. Jelasnya, kekasih adik itu tidak mempermainkan-mainkan perasaan dan diri adik.
Adik, Islam adalah agama fitrah yang mengiktiraf kepelbagaian keperluan dan kehendak manusia dalam kehidupan berpasangan.
Berasaskan kepada keadaan inilah, Islam membenarkan poligami bagi mengelak manusia melakukan perkara dilarang seperti berzina.
Namun, poligami diharuskan untuk dinikmati dan digunakan dengan penuh tanggungjawab. Ukuran tanggungjawab digariskan dengan terang melalui amalan keadilan.
Adil menyentuh soal seperti giliran, pemberian nafkah zahir dan batin, makan, minum, pakaian, jaminan, keselamatan dan tempat tinggal antara lainnya.
Masalah yang timbul pada perkahwinan ibu bapa adik ialah kegagalan bapa adik untuk berpoligami dengan penuh tanggungjawab.
Berbalik kepada masalah diri adik, adik perlu ikhlas untuk mendengar suara hati dan kemampuan diri adik sendiri. Adakah suara hati adik betul-betul bersedia untuk bermadu?
Benarkan adik sudah benar-benar mampu untuk mengharungi rumah tangga dengan berkongsi suami dari aspek emosi, rohani, fizikal dan minda untuk berkongsi suami?
Jawapannya di tangan adik. Adiklah yang akan membuat keputusan akhirnya.
Isu poligami boleh menjadi isu yang sangat sensitif kepada kaum wanita khususnya isteri pertama yang merasakan suami adalah hak mutlak mereka.
Bolehkah adik menghormati isteri pertama suami adik nanti? Bolehkah adik berkompromi, berbaik sangka, berterus terang dan jujur terhadap diri sendiri atau kepada suami dan madu adik? Jika adik belum bersedia, adik mungkin mengalami apa yang ibu adik alami.
Jika perkahwinan antara kekasih adik dengan adik berlaku, kekasih adik perlu memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan kebahagiaan perkahwinan.
Suami penting dalam mencorakkan kehidupan dua atau tiga rumah tangga yang dibina. Isteri-isteri yang berkongsi suami pula harus bersedia menerima perkongsian itu dengan berkompromi.
Jika adik mengambil keputusan tidak menerima lamaran kekasih adik itu, adik perlu belajar secara perlahan-lahan untuk melupainya.
Ia memang sukar tetapi lambat laun adik akan belajar untuk melupai dia. Ini adalah untuk kebaikan diri adik, kekasih adik dan keluarganya.
Masa akan banyak membantu adik nanti untuk perlahan-lahan belajar melupai kekasih adik.
Lakukan aktiviti-aktiviti yang boleh membuatkan adik belajar melupai kekasih adik itu. Dalam kehidupan ni adik, banyak pengorbanan yang perlu kita lakukan.
Selain itu, berdoalah kepada Allah SWT supaya adik dapat menemui kebahagiaan dalam hidup. Doa memberi kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian kepada orang yang ketakutan.
Apapun sahaja keputusan yang adik ambil, Dr doakan kebahagiaan diri adik.
Mutiara Kata: “Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi ada kalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus.
Petunjuk Mimpi Bukan Penentu Calon Suami
SAYA sering bermimpi berjumpa lelaki yang saya kenali. Dalam mimpi itu dia mengusap ubun-ubun saya, menasihati supaya jangan bersedih, bersama saya bersolat jemaah dan membetulkan cara perlakuan solat seperti rukuk dan tomakninah. Perkara itu datang berulang-ulang. Paling membingungkan ialah pada Ramadan lalu, saya bermimpi dia mendatangi saya seolah-olah saya dan dia baru saja diijabkabulkan. Untuk pengetahuan, saya tidak bermimpi pada tengah malam tetapi mimpi itu datang selepas saya melakukan solat hajat dan istikharah (kerana dia adalah harapan saya untuk dijadikan suami). Harapan ini terbina pun kerana mimpi berkenaan. Pun begitu, saya dan dia tidak menjalinkan apa-apa hubungan. Ini sudah berlanjutan sejak Januari 2007. Semoga tuan dapat meleraikan kekusutan saya.
Sang Pemimpi,
Johor Baru
SEBELUM saya ulas dan memberi pandangan, sebaiknya kita perjelaskan kedudukan mimpi dalam Islam. Kita sering mendengar mimpi adalah permainan tidur. Ini adalah penilaian umum terhadap mimpi orang awam (orang biasa seperti saya dan anda).
Contohnya jika kita bermimpi bahawa ada orang salih memberitahu mengenai suatu perkara, tidak ada kewajipan untuk kita mengikut saranannya, apatah lagi jika saranan itu bertentangan dengan syariat Islam.
Berlawanan dengan mimpi orang awam, mimpi nabi dan Rasul adalah kebenaran yang tidak boleh dipersoal. Ini kerana nabi dan Rasul terpelihara daripada godaan syaitan dan bisikan hawa nafsu.
Juga ada di antara nabi yang diberi kemampuan untuk mentafsirkan mimpi seperti Nabi Yusuf. Mimpi orang salih boleh dianggap sebagai ilham yang dianugerahkan Allah. Namun seperti mimpi orang awam, ia tetap tidak boleh dijadikan sandaran dan hujah untuk menetapkan sesuatu perkara.Umat Islam tetap perlu kembali kepada al-Quran dan hadis serta ijtihad ulama berdasarkan istinbat hukum dan hujah untuk memutuskan urusan umat Islam. Mimpi sama sekali tidak boleh menyokong satu pendapat atau sebaliknya kerana dikhuatiri menimbulkan perpecahan kerana tidak ada neraca yang boleh diguna pakai dalam menentukan isyarat terkandung dalam mimpi seseorang.
Bagi manusia biasa seperti kita, mimpi ada kalanya boleh dianggap sebagai petunjuk atau pertolongan Allah. Banyak perkara yang harus di dunia ini membabitkan pemilihan sama ada sesuatu itu baik atau buruk hanya Allah yang mempunyai pengetahuan lengkap mengenainya.
Ayat al-Quran ada yang memberitahu kita mengenai perkara yang tidak kita sukai sedangkan ia baik buat kita dan cenderung kepada sesuatu yang disukai tetapi sebenarnya ia tidak baik untuk kita.
Mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami di sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus dalam urusan kami.”
Berbalik kepada isu ditanyakan apakah mimpi boleh dijadikan sandaran? Seperti dijelaskan, mimpi boleh menjadi isyarat atau petunjuk. Sering kali apabila kita keliru dan tidak pasti keputusan apakah patut diambil, kita memohon petunjuk Allah supaya memberikan jawapan atau penyelesaian.
Ia boleh datang dalam bentuk gerak hati, mimpi atau petanda tertentu yang menyebabkan hati kita berasa tenteram terhadap sesuatu keputusan. Rasulullah SAW ada menyebut dalam hadis yang bermaksud: “Jika kamu tidak pasti, tanyakanlah hatimu.”
Ini yang sering kali disebut ‘tepuk dada, tanya selera’. Tetapi sebelum tanya selera kita, kena tepuk dada tanya iman. Jika selera tadi tidak bertentangan dengan syariat, maka teruskanlah. Letakkan azam dan bertawakal seperti firman Allah yang bermaksud: “Apabila kamu sudah berazam bertawakallah kepada Allah.”
Dalam soal memilih pasangan, Islam memberi panduan iaitu wanita dikahwini kerana empat, harta, kecantikan, keturunan dan agama. Maka pilihlah yang beragama, nescaya beruntung kedua-dua tanganmu.
Jelas dalam hadis itu kita perlu memilih pasangan yang dipastikan pegangan agamanya mantap. Yang selain daripada itu adalah nilai tambah atau bonus. Kecantikan, keturunan dan harta boleh memusnahkan dan mendatangkan penderitaan berpanjangan jika tidak ada pegangan agama kukuh.
Jika dari sudut zahirnya lelaki itu taat beragama dan berpegang teguh dengan Islam, ia adalah pilihan yang baik. Namun seperti digariskan, hanya Allah yang tahu sama ada pilihan kita baik atau sebaliknya.
Di sinilah kita memohon petunjuk dengan melakukan solat istikharah dan bermunajat kepada Allah dengan hati ikhlas untuk menjaga agama dan menjunjung syariat Islam dalam kehidupan mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk dalam bentuk gerak hati, mimpi atau kecenderungan tertentu.
Namun, perlu berhati-hati dengan syaitan kerana ia sentiasa berusaha menimbulkan syak wasangka dan ragu-ragu di hati kita. Oleh itu sentiasalah memohon perlindungan dari Allah daripada syaitan yang direjam supaya gerak hati kita adalah petunjuk dan isyarat dari Allah.
Untuk memastikan mendapat petunjuk Allah hendaklah kita menjaga hubungan dan syariat Islam. Seperti dijelaskan dalam persoalan ini, saudari tidak pernah menjalin apa-apa hubungan dengan lelaki berkenaan.
Teruskanlah memelihara adab dan akhlak serta batas pergaulan digariskan Islam. Jangan terikut-ikut aliran hari ini di mana umat Islam terjebak dalam budaya memadu cinta seperti orang Barat. Keluar berpasangan sedangkan mereka tidak ada ikatan sah sebagai suami isteri.
Di samping itu, hasrat murni saudari perlu disampaikan mengikut saluran yang betul. Sampaikan hajat dan harapan saudari kepada pihak ketiga yang boleh dipercayai, selalunya pasangan suami isteri yang amanah untuk menyampaikan kepada lelaki berkenaan.
Jangan bimbang dikata orang ‘perigi mencari timba’. Dalam Islam tiada halangan untuk seorang wanita menyampaikan hasratnya kepada lelaki yang baik untuk menjadi calon suami, seperti Saidatina Khadijah yang menghantar wakil menyampaikan hasratnya kepada Rasulullah SAW.
Jawapan disediakan Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor dengan kerjasama Wanita JIM. Persoalan dan jawapan boleh dilayari di www.bicarakalbu.blogspot.com
Bapa Wajib Kerja Untuk Bayar Nafkah Anak
Soalan
APAKAH keputusan akan dibuat mahkamah atas tuntutan nafkah anak jika tuntutan itu melebihi kemampuan pendapatan saya iaitu RM1,400. Tuntutan yang dibuat, iaitu nafkah setiap anak RM500 seorang setiap bulan (jumlah keseluruhan RM1,500 sebulan); perbelanjaan sekolah RM200 setiap anak serta perbelanjaan Hari Raya RM1,000.
Apakah mahkamah menentukan bayaran nafkah anak mengikut kemampuan seseorang atau ada garis panduan menetapkan bayaran itu dan apa akan jadi jika saya tidak dapat membayar tuntutan yang ditetapkan mahkamah?
Bapa tak mampu
Jawapan
ISLAM mewajibkan nafkah anak disediakan oleh bapa. Kewajipan membayar nafkah anak berdasarkan firman Allah SWT bermaksud:
“Kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya” (Surah al-Talaq: ayat 6)
Kami percaya saudara memahami konsep kewajipan menyediakan nafkah itu, cuma persoalan saudara adalah berkaitan dengan kemampuan saudara melebihi daripada permintaan atau keperluan anak seperti yang dituntut oleh ibunya.
Namun, jika bapa masih hidup, ada kemudahan kewangan dan berkemampuan berusaha serta bekerja, fuqaha sepakat mewajibkan bapa membiayai nafkah anak tanpa berkongsi dengan sesiapa walaupun ibu kepada anak itu.
Maka tiada alasan seseorang bapa berdalih tidak mampu menyara anaknya kerana gaji kecil. Setiap bapa pada masa kini akan sedaya upaya berusaha mendapatkan rezeki lebih untuk menyara anaknya, melainkan dia bercerai dengan ibu kepada anaknya menggunakan helah berpendapatan kecil dan tidak mampu menyara anak seperti dituntut.
Garis panduan yang digunakan oleh mahkamahmerujuk peda kemampuan bapa berdasarkan hadis Rasulukllah SAW diriwayatkan Aishah ra katanya: “Hindu binti Utbah berkata; Wahai Rasulullah, Abu Sufyan adalah seorang lelaki bakhil dan tidak tidak pernah memberi aku harta yang mengcukupi untuk aku dan anak aku melainkan harta yang aku ambil tanpa pengetahuannya. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Ambillah harta (Abu Sufyan) apa yang mencukupi untuk kamu dan anak kamu dengan baik.”
Berdasarkan hadis itu jelas nafkah anak tetap menjadi kewajipan seorang bapa walau dalam apa juga keadaan. Jika bapa tidak memberi nafkah, maka ibu boleh mengambil harta bapa sekadar yang mencukupi bagi menampung perbelanjaan anak itu. Inilah menunjukkan ibu boleh menuntut nafkah anak dengan menyenaraikan setiap keperluan bulanan anak itu ke mahkamah.
Jika ia tidak mempunyai harta tapi mampu membuat kerja, wajib ke atasnya berusaha mencari kerja yang membolehkannya membiayai nafkah anaknya. Dengan itu bapa yang menganggur dan mengharapkan ibu membayar keperluan anak adalah lelaki yang tidak amanah dan berdosa mengabaikan tanggungjawabnya.
Oleh itu, ibu akan cuba membuktikan kepada mahkamah bapa berkemampuan bukan setakat dengan gaji bulanan malah merujuk juga wang simpanan di mana-mana akaun bank bapa, tabung haji, insurans bulanan, koperasi dan sebagainya.
Mahkamah biasanya mengambil pendekatan membandingkan keperluan nafkah anak dengan kemampuan defendan untuk menentukan suatu nilai bagi nafkah anak. Alasan pendapatan dipotong untuk membayar pinjaman peribadi, kad kredit, insurans diri atau tabungan haji bukanlah alasan yang kukuh untuk menentukan ketidakmampuan bapa.
Mahkamah akan merujuk fiqh aulawiyyad dalam bab yang manakah satu perlu diutamakan di antara membayar pinjaman peribadi atau kad kredit dengan membayar nafkah anak yang hakiki, perlulah diutamakan yang wajib iaitu memberi nafkah kepada anak.
Kegagalan melaksana perintah mahkamah yang menetapkan nilai yang wajib bayar kepada anak boleh menyebabkan saudara dikenakan saman Penghutang Penghakiman di mana ibu boleh menuntut hutang iaitu bayaran nafkah anak yang tertunggak dibayar dengan mendapatkan Perintah Pemotongan pendapatan majikan saudara.
Jika saudara tiada majikan atau tidak bergaji tetap, tindakan penghinaan perintah mahkamah boleh dikenakan terhadap saudara yang boleh dikenakan hukuman penjara. Ibu itu juga boleh memohon penguatkuasaan perintah nafkah itu dikenakan terhadap saudara dengan menjual harta saudara yang sama nilainya dengan hutang nafkah tertunggak anak.
Ingatlah, apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah SWT nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)( Surah Anfaal ayat 60).
Jawapan soalan oleh Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Siti Razasah Abd Razak. Sebarang komentar boleh dihantar ke excopgsm@yahoo.com. Layarihttp://peguamsyarie.blogspot.com