Rahsia Diwajibkan Solat

SOLAT adalah satu perintah yang diwajibkan ke atas orang Islam setiap hari. Umat Islam dituntut melakukan ibadat itu menurut sebagaimana diperintahkan Rasulullah s.a.w, dari takbir, bacaan, perbuatan hingga ke akhir salamnya dengan penuh takwa.
Orang yang mendirikan solat adalah orang yang beriman. Orang yang beriman mesti mendirikan solat. “Katakanlah kepada hamba-Ku yang beriman, hendaklah mereka itu [...]

Istikhlaf

Istikhlaf bererti imam digantikan oleh salah seorang daripada makmumnya (lalu menjadi imam) bagi menyempurnakan solat mereka, disebabkan keuzuran imam pertama itu.
Jika imam keluar daripada solatnya disebabkan berhadas, atau biarpun dengan tiada sebab, adalah diharuskan bagi salah seorang makmum menggantikannya.

Hadis: “Ketika Nabi SAW sedang sakit tenat, datang Bilal untuk memberitahu Baginda tentang solat. Maka Nabi SAW [...]

Perkara yang boleh dilakukan selepas melangsaikan solat

Perkara yang boleh dilakukan selepas melangsaikan solat

Selepas memberi salam,digalakkan untuk duduk berzikir,bertahmid,bertakbir,berselawat dan memuji Allah.(sekiranya ada waktu yang terluang).
Membaca Al-Quran
Berdoa kepada Allah dengan sebaik mungkin serta mengharapkan keampunan dan rahmat dariNya.

Persediaan sebelum menunaikan solat

Persediaan sebelum menunaikan solat

Berpakaian sopan dan menutup aurat.
Berwuduk.
Duduk di atas tapak solat yang bersih(seperti diatas tikar sejadah)sambil berzikir,bertahmid,bertakbir,berselawat dan memuji Allah.(sekiranya ada waktu yang terluang).
Berdiri(bagi mereka yang mampu)dan membaca niat waktu solat.
Iqamat dan membaca ayat Kursi,Surah Al-Ikhlas,Surah Al-Falaq,Surah An-Nas(bagi menghalangi syaitan dan jin dari menganggu solat.
Mengangkat takbiratul ihram dan memulakan solat.

Waktu- Waktu Solat

Waktu Solat Fardhu

Solat Zohor
Waktu Zohor/Zuhur (ﻇﻬﺮ) bermula daripada gelincir matahari dari kedudukan tengah langit hingga bayang-bayang suatu benda menyamai panjangnya. Secara umumnya, zohor bermula apabila bayang-bayang sudah cenderung ke arah barat.

Solat Asar
Waktu Asar (ﻋﺼﺮ) bermula apabila sesuatu bayang objek melebihi kepanjangan sebenar sehingga matahari mula terbenam.
Haram menta’khirkan atau melewatkan solat asar sehingga tinggal waktu yang [...]

Perkara-perkara makruh semasa solat

Perkara-perkara makruh semasa solat

Berpaling ke kiri atau ke kanan (kecuali ketika Salam).
Memandang ke atas (mendongak).
Berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja.
Berludah ke hadapan atau ke belah kanan.
Berlebih-lebihan membongkok dan menundukkan kepala ketika rukuk.
Bercekak pinggang.
Menyinsingkan kain atau baju.
Bersembahyang ketika hadir makanan (makanan dihidangkan).
Bersembahyang ketika berasa hendak qadha’ hajat (membuang air).

Perkara-perkara sunat semasa solat

Perkara-perkara sunat semasa solat

Sunat Hai’ah
Sunat Ab’adh

A)     Sunat Hai’ah merupakan perkara sunat ketika solat yang terdiri daripada 15 perkara:

Mengangkat tangan ketika Takbiratul-Ihram, ketika rukuk, ketika iktidal dan ketika bangun pada rakaat kedua. (nota: bangun dari rakaat pertama dan ketiga tidak diperlukan mengangkat tangan)
Meletakkan perut tangan kanan di atas tangan kiri dan memegangnya dan meletakkannya di bawah [...]

Perkara-perkara yang membatalkan solat:

Perkara-perkara yang membatalkan solat:

Keluar/kedatangan hadas besar atau kecil.
Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit yang memberi faham, atau ketawa.
Makan/minum walau sedikit.
Melakukan pergerakan di luar rukun solat tiga kali berturut-turut(mutawaliyat).
Berniat keluar dari solat (mufaraqah).
Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat solat.
Beralih arah dari kiblat dengan sengaja (berpaling dada).
Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi [...]

Syarat Wajib Dan Sah Solat

Syarat wajib solat:

Islam
Baligh
Berakal
Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan

Syarat sah solat:

Suci badan dari dua hadas besar dan kecil.
Suci dari najis sama ada di badannya, di tempat solatnya, dan di pakaiannya.
Menutup aurat.
Menghadap qiblat (kecuali yang uzur dan tidak terdaya)
Yakin masuk waktu solat.

(nota: sekiranya sesudah tamat solat, lalu disedari perkara yang tersebut di atas terjadi – misalnya [...]

Rukun Solat

Rukun Solat

Rencana utama: Rukun Solat

Rukun solat ada 13:

Niat.
Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama).
Berdiri bagi yang mampu.
Membaca surah Al-fatihah.
Rukuk dengan tama’ninah (tama’ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru).
Iktidal dengan tama’ninah.
Sujud dua kali, dengan tama’ninah.
Duduk di antara dua sujud, dengan tama’ninah.
Tasyahhud Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud.
Duduk dalam Tasyahhud akhir.
Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir.
Membaca salam.
Tertib.

Pada mazhab [...]