Bergurau Jangan Sampai Menghina Agama

Oleh Mohd Shukri Hanapi

 
DALAM pergaulan sehari-hari, kita tidak boleh terlepas daripada bergurau. Malah bergurau itu hampir disenangi oleh setiap orang. Bergurau diibaratkan bunga dalam pergaulan dan pengubat ketika duka.
 
Ada orang beranggapan dengan suka bergurau wajah seseorang itu kelihatan ceria, muda dan tenang. Berbeza pula dengan orang serius dan pendiam, mereka kelihatan murung dan agak tua [...]

Rahsia Diwajibkan Solat

SOLAT adalah satu perintah yang diwajibkan ke atas orang Islam setiap hari. Umat Islam dituntut melakukan ibadat itu menurut sebagaimana diperintahkan Rasulullah s.a.w, dari takbir, bacaan, perbuatan hingga ke akhir salamnya dengan penuh takwa.
Orang yang mendirikan solat adalah orang yang beriman. Orang yang beriman mesti mendirikan solat. “Katakanlah kepada hamba-Ku yang beriman, hendaklah mereka itu [...]

Orang berharta tangguh hutang termasuk kategori zalim

SEJAK zaman Rasulullah SAW, amalan berhutang sudah berlaku seperti kisah Baginda yang berhutang seekor unta. Rasulullah SAW membayar hutang untanya dengan unta lebih besar dan lebih baik daripadanya.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sebaik-baik kamu ialah orang yang melebihkan hutang dan memperelokkan pembalasan hutangnya (menambah daripada apa yang diambil).”
Kini, berhutang menjadi sebahagian cara hidup masyarakat kerana untuk [...]

Ketenangan Hati

 Hati atau roh adalah hakikat kejadian manusia, kerana itu ia diberi keupayaan untuk merasa senang dan susah. Ia sangat sensitif terhadap apa yang berlaku, yang didengar, dilihat dan dirasai. Dari sanalah ia menentukan sikap manusia samada positif atau negatif.
Memang hakikat pencipaan hati oleh Allah SWT adalah suatu yang maha ajaib. Kelajuan perjalanan hati tidak terhitung [...]

Puasa dan Kajian Ilmiah

Bukti Baru dari Kajian Ilmiah tentang Puasa
Ustaz Dr. Ahmad Al-Qadhy berkata, “Allah mewajibkan puasa bulan Ramadhan dan menjadikannya sebagai salah satu rukun Islam, sebagaimana Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam juga mensyariatkan puasa yang dapat dipilih sesukanya selama perputaran satu tahun. Yang pasti dan tidak dapat diragukan bahawa puasa memiliki banyak faedah. Begitujuga ibadah-ibadah lain yang [...]

Memahami, mendalami kesempurnaan wuduk

IBADAH wuduk memiliki kedudukan tersendiri di sisi Allah dan ia adalah kunci permulaan bagi ibadat solat. Wuduk juga berperanan untuk menenangkan jiwa supaya dapat menumpukan perhatian terhadap solat.
Selain itu, wuduk juga boleh menyegarkan badan serta mengembalikan tenaga dan pada masa sama menyucikan anggota badan yang terdedah. Ini menunjukkan wuduk mempunyai peranan penting dari segi spiritual [...]

Gejala buang bayi dan kekeliruan pandangan alam

 
Oleh MOHD. HILMI RAMLI
 
KES buang bayi sekali lagi menjadi berita utama negara kita. Terbaru, seorang bayi lelaki ditemui sudah mati di Sungai Kuantan, Pahang oleh seorang nelayan. Mayat bayi tersebut yang dipercayai baru dilahirkan kerana masih bertali pusat, barangkali dibuang bagi menyembunyikan kewujudannya yang turut membunuh bayi tersebut.
Malah pada Mac 2007, seorang bayi lelaki dijumpai [...]

Memahami agama Islam

 
Oleh ZUARIDA MOHYIN
 
HAI manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang laki-laki seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya oran yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (al-Hujurat: 13)
Di sinilah hakikat Allah [...]

Enggan sepakat punca umat Islam ditindas musuh

Oleh Nor Aimi Mohd Tahir

PERUBAHAN peradaban manusia berlaku amat pantas. Islam yang suatu ketika dulu begitu gemilang, kini jatuh tersungkur di tangan Barat yang mendominasi dunia terutama dari segi ekonomi.
Umat Islam dalam sejarah adalah kuat serta pernah menakluki dua pertiga dunia, tetapi pada hari ini mereka ditindas, dihina dan diusir dari tanah air sendiri selain [...]

Bina Peribadi Waktu Makan

Bina Peribadi Waktu Makan
 
 
 
Pakar motivasi bebas Ustaz Sobri Abd. Rani menyarankan agar ibu
bapa menjadikan waktu makan sekeluarga sebagai waktu untuk
membetulkan kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu
makan adalah program bersahaja yang besar impaknya dalam hidup.
Antara didikan yang boleh diterapkan kepada anak-anak pada waktu
makan:
 
1. Tunggu orang yang paling tua
“Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh [...]