Perkara-perkara makruh semasa solat
- Berpaling ke kiri atau ke kanan (kecuali ketika Salam).
- Memandang ke atas (mendongak).
- Berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja.
- Berludah ke hadapan atau ke belah kanan.
- Berlebih-lebihan membongkok dan menundukkan kepala ketika rukuk.
- Bercekak pinggang.
- Menyinsingkan kain atau baju.
- Bersembahyang ketika hadir makanan (makanan dihidangkan).
- Bersembahyang ketika berasa hendak qadha’ hajat (membuang air).
Difailkan dalam: Ibadah Solat


