Adab sebelum, ketika dan selepas makan mengikut Islam

BANYAK penyakit yang menyerang manusia berkait rapat dengan makan minum. Justeru, Nabi Muhammad s.a.w sering mengingatkan umat Islam berkaitan bahaya perut agar me reka berwaspada dengannya.
Dalam kitab Ihya Ulumuddin, Imam al-Ghazali menye naraikan tujuh adab sebelum makan yang perlu dijaga:
1. Memastikan makanan daripada sumber halal.
2. Membersihkan tangan.
3. Meletakkan makanan dalam bekas yang diletakkan di lantai [...]

Mukmin sejati kagum pencipta bila mendengar ayat suci

KATANYA: Ingatlah! Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Awaslah! Sesungguhnya akan berlaku kekacauan dan bala bencana yang besar. Aku bertanya: Apakah caranya untuk menyelamatkan diri daripada bencana itu, Ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: (Caranya ialah berpegang teguh kepada ajaran) kitab Allah, ia mengandungi kisah perihal umat yang terdahulu dari kamu, dan berita perkara yang [...]

HIKMAH MENINGGALKAN CAKAP BOHONG

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :
“Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu saja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya.” Maka Rasulullah menjawab : “Mahukah engkau berjanji bahwa [...]

KISAH BINATANG YANG BERNAMA HURAISY

Dikisahkan dalam sebuah kitab bahwa apabila tiba hari kiamat nanti maka akan keluar seekur binatang dari neraka Jahannam yang digelar Huraisy, yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat.
Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, “Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari [...]

Mengembalikan perpaduan melalui kekuatan budaya

Oleh MOHD. HILMI RAMLI
POLITIK di Malaysia telah menjadi satu segmen yang paling diminati. Hari ini gosip politik seperti skandal, rasuah, salah guna kuasa, mengejar kuasa dan sebagainya menjadi ‘makanan’ rutin rakyat Malaysia. Apatah lagi dengan kemudahan Internet, menyuburkan lagi wacana rakyat untuk bercakap apa sahaja yang berkaitan politik dalam tulisan blog ataupun perbincangan maya.. Apa [...]

Sederhana bukti kecemerlangan ummah

Sederhana bukti kecemerlangan ummah

IKUT SUNNAH: Umat Islam digalakkan bersederhana dalam berbelanja dan menjamu selera supaya tidak berlaku pembaziran dan menjaga kesihatan. – Gambar hiasan

Sikap bertolak ansur tidak bermakna pendakwah menggadaikan prinsip Islam
KESEDERHANAAN atau wasatiah adalah salah satu ciri keistimewaan agama Islam. Sederhana selalunya merujuk kepada satu keadaan yang tidak lebih dan tidak kurang, keadaan biasa [...]

anak salih hasil didikan ibubapa

Oleh Mohd Adid Ab Rahman
KEKUATAN ekonomi, ilmu pengetahuan dan modal insan mampu menjadikan umat Islam hidup selesa di dunia dan berjaya di akhirat.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang manusia meninggal, maka terputuslah amalannya kecuali daripada tiga sumber iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaat daripadanya dan anak salih yang mendoakannya. ” (Hadis [...]

Hak Muslim: Wanita tiada sijil nikah selepas dua bulan kahwin

Ustaz dakwa wali hakim dari negara seberang minta bayaran RM400 sebagai upah
Soalan:
SAYA berkahwin pada Mei lalu. Ketika nikah, saya diwalikan seorang ustaz berasal dari negara seberang. Ustaz itu mendakwa dia adalah wali hakim di negara itu. Pernikahan juga disaksikan dua saksi tidak saya kenali. Saya diperkenalkan kepada ustaz itu oleh seorang kenalan suami. Ketika itu, [...]

Tanggungjawab Bermadu

(petikan Dang Setia-Harian Metro)
Soalan
SAYA isteri kedua dan perkahwinan kami mencecah usia lima tahun. Masalah saya ialah terpaksa menanggung suami yang tidak bekerja serta madu dan anaknya.
Kalau setakat sara suami dan anak saya mampu lagi, tapi apabila wang saya juga digunakan untuk menampung perbelanjaan keluarga madu, akhirnya saya sendiri yang selalu kekurangan wang.
Suami saya hampir tujuh [...]

Kisah lelaki tua n 3 anaknya

Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yang sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki.

Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini [...]