Kasihnya Allah Pada Wanita

Dengan penuh keimanan, kita tidak menafikan betapa keistimewaan yang Allah s.w.t berikan kepada wanita memang terlalu banyak. Ini menunjukkan betapa kasihnya Allah kepada kaum Hawa ini. Tidak ada satu pun agama di dunia ini yang memberikan banyak keistimewaan kepada kaum wanita selain daripada agama Islam. Islamlah agama yang mula-mula sekali mempelopori taraf keistimewaan ini kepada [...]

‘Polycystic Ovary’ (PCO) Mengancam Kesuburan Wanita Malaysia

´Polycystic ovary´ atau PCO adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari yang terdapat pada seseorang wanita akan menjadi bengkak kerana benih-benih telur telah terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subur. Dan apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan pelbagai jenis masalah pada wanita [...]

Wanita Dan Karier

Penglibatan dan peranan wanita dalam membangunkan masyarakat dan negara adalah penting berasaskan kepada tugas dan tanggungjawab malah merupakan satu usaha positif untuk mencapai tahap lebih tinggi berdasarkan kepada konsep pembangunan bersepadu iaitu dari aspek fizikal dan mental setanding dengan kaum lelaki.
Islam tidak menghalang wanita untuk melakukan pekerjaan di luar rumah sekiranya ia merupakan keperluan diri, [...]

Lupa diri terhadap Tuhan sifat orang fasik

SATU sifat berbahaya yang boleh memudaratkan manusia dalam kehidupannya ialah sifat lupa diri. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa sifat lupa diri ialah pokok kepada segala amalan kejahatan. Dengan lain perkataan, amalan kejahatan yang dilakukan setiap insan acap kali bertitik tolak daripada sifat lupa diri.
Hakikat ini diperkuatkan dengan firman Allah yang merakamkan keburukan sifat lupa diri [...]

Petua (Untuk Wanita)

Payudara kekal cantik
Setiap wanita yang telah melahirkan anak, tentu mengalami masalah
payudara
yang kendur dan jatuh. Untuk mengatasi masalah ini, anda bolehlah
mencuba
petua untuk mendapatkan payudara yang segar, halus dan kulitnya anjal
dengan memanaskan satu sudu minyak sapi. Setelah menjadi minyak,
sapukan
minyak ini ke payudara dan urut selama 15 minit. Selepas itu, lap
dengan
menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam. [...]

Penyerapan unsur budaya, integrasi dalam kehidupan

Ufuk Minda Bersama Prof Dr Sidek

ASIMILASI adalah proses bagaimana penyerapan unsur budaya dan kehidupan daripada budaya yang berpengaruh terhadap budaya sukuan. Pengalaman pembudayaan Baba Peranakan di Melaka umpamanya adalah contoh proses penyerapan budaya Melayu terhadap orang mendatang.
Kesannya proses asimilasi mencetuskan rasa kasih sayang yang tinggi. Integrasi adalah proses menemukan nilai budaya yang serasi dan memiliki [...]

Bersederhana Amalan Mulia

SETIAP manusia mengimpikan kehidupan yang baik dan sempurna. Jaminan kebahagiaan hidup menurut kaca mata Islam bukan sekadar keuntungan diperoleh di dunia semata-mata, tetapi wawasan lebih jauh harus difokuskan kepada hidup yang kekal abadi dalam alam akhirat.
Justeru, manusia digalakkan mengamalkan sifat istiqamah atau konsisten dalam beramal. Dorongan itu sebenarnya bertitik tolak daripada petunjuk wahyu al-Quran dan [...]

Ayang Demam Laa Bang

Di satu petang, kita balik dari pejabat dengan hati yang penuh
harapan, harapan disambut oleh isteri dan anak-anak di depan pintu.
Pintu diketuk dan salam diberi. Apabila pintu dibuka, hanya anak
sahaja yang menjawab salam.
Bagi anak perempuan kita cium pipinya dan anak lelaki pula kita usap
kepalanya. Kebiasaannya, emak mereka juga akan menyambut dengan
tersenyum simpul. Tetapi tiada pada petang [...]

DAIRI SEORANG ISTERI YANG SETIA

Aduh…sakitnyer. ..isk…. . aduuh….Bang sakit nye tak tahan saya” keluh Nisa pada suaminya Zakri.

“Apelah awak nie….lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu” rungut Zakri pd Nisa. [...]

Perbezaan Lelaki Dan Perempuan

1. Rata-rata wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam.
2. Sperma laki-laki yang menentukan jenis kelamin bayi.
3. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan berbicara, bayi laki-laki 2 bulan lebih lambat.
4. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi saat mengandung bayi laki-laki daripada bayi perempuan.
5. Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih [...]