Negeri Samirah adalah negeri kecil di Palestin yang nanti akan
menjadi sebuah negara besar. Bahkan menjadi ibu kota kerajaan Bani
lsrail warisan Nabi Sulaiman. Ini berdasarkan masa kelahiran Nabi
Musa, kira-kira satu abad sebelumnya.
Seorang lelaki dan seorang perempuan keturunan Yahudza, setelah 31
tahun berkahwin, lahirlah seorang anak yang paling membahayakan kedua
orang tuanya, sebagaimana yang digambarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
kedua matanya tidur tetapi hatinya tetap terjaga.’
Keluarga Dajjal, ayah, ibu dan abang-abangnya adalah penyembah
berhala. DuIu, mereka menyembah sebuah berhala berbentuk seperti lembu
betina. Sebenarnya berhala itu bukan sekadar patung Iembu betina, ia
adalah syaitan durjana yang menyerupai dirinya seperti patung lembu
betina. itu. Mereka menyembelih binatang untuk dikorbankan kepada
berhala. Yang sebenarnya dipersembahkan kepada syaitan, berserta
minuman arak yang dihulurkan setiap hari. Disamping itu mereka juga
suka melakukan penghambaan atau persembahan dan ketaatan. Setiap pagi
mereka lihat sisa-sisa dan apa yang mereka korbankan di tempat itu.
Sangka mereka, itu adalah sebagai tanda bahawa Tuhan mereka merestui
apa yang mereka Iakukan. Permintaan kedua-dua orang tua Dajjal ialah
agar mereka diberi anak lelaki. Akhirnya Allah s.w.t. pun menjadikan
kehamilan keatas seorang wanita yang yang dilahirkan dari perbuatan
zina antara mahram dengan seorang suami yang juga dilahirkan dan hasil
perzinaan antara mahram.
Sementara itu syaitan pun turut ikut masuk ke saluran kencing IeIaki
penyembah berhala setiap kaIi dia menggauli isterinya. Jadi
Syaitanpun turut mencampuirl isteri penyembah berhala itu bersama-sama
suaminya. Bertemulah sperma dan ovum dari unsur manusia dengan unsur
syahwat yang penuh kedengkian dari jin, sebagaimana yang ditakdirkan
oleh Allah.
(Dalam buku lhdzaru aI-Maslkh adDajjaI menyatakan Dajjal lahir dari
hasil hubungan ketika ibunya sedang menstruasi, IaIu terjadilah
kehamilan sebagai pengaruh perbuatan Syaitan)
Pada malam yang sangat menakutkan, diiringi hembusan angin, ribut
salji dan hujan lebat, pasangan suami isteri itu mendengar suara dari
patung lembu betina liar yang memberitahu bahawa dia telah meredhai
kedua-duanya. Bahkan, katanya dia memerintahkan malaikat untuk
mengurniakan kepada mereka seorang anak. Tetapi jika kedua-duanya
tidak memperbanyakkan ketaatan dan penyembahan berhala serta tidak
banyak menumpahkan darah korban, maka dia akan menggantikan anak
lelaki itu dengan anak perempuan.
Apalagi, kedua-duanya pun sujud dan bersimpuh depan patung itu dengan
penuh setia sambil menyatakan mereka mahukan sangat anak Ielaki.
Patung syaitan itu menyuruh mereka menyembelih seekor Iembu betina
gemuk dan besar. Kemudian menyuruh diletakkan sembelihan itu di
hadapan patung, dan selepas itu mereka berdua dilarang untuk masuk ke
tempat itu sepanjang malam.
Apa yang berlaku sebenarnya syaitan telah mempermainkan mereka berdua
untuk melakukan apa saja menurut kehendak dan kemahuan Syaitan.
Syaitan dapat melihat apa yang tidak boleh dilihat oleh manusia biasa.
Sebab jin boleh melihat apa yang ada dalam jasad manusia, sama seperti
melihat manusia melihat filem X-Ray, sehinggakan dia dapat melihat
kandungan perempuan itu sejak awal Iagi. Namun begitu syaitan tidak
tahu apa yang akan terjadi, Syaitlan tidak tahu apakah anak itu
perempuan atau lelakit tetapi dia tahu betapa besar kemahuan pasangan
itu dengan kelahiran anak lelaki.
Perempuan itu pun melahirkan anak Ielaki tetlapi anak yang baru lahir
itu cacat kedua-dua belah matanya sejak lahir. Bayi itu suka tidur
malam dan siang serta amat jarang bangun untuk menghisap air susu
ibunya yang berbadan besar.
lmam Ahmad meriwayalkan dalam Musnad, iaitu sebagaimana sabda
Rasulullah mengenai keluarga Dajjal.
“Ayahnya tinggi, gemuk dan hidungnya seperti paruh burung. Sedangkan
ibunya fardhakhiyyah, iaitu banyak daging dan berbadan gemuk. Kedua
tangannya panjang dan kedua teleknya pun besar. Oleh kerana anaknya
tidak disusui oleh ibunya susu, Ia bahkan dapat mengakibatkan
keracunan yang berakhir dengan kematian. Jadi anak Ielaki itu sejak
awal memang telah mendatangkan sial kepada ibunya.
Paling anehnya, anak lelaki itu bertahun-lahun duduk diam dan hanya
bergerak beberapa kali, sehinggakan orang tuanya menyangka dia lumpuh
atau pun Tuhan mereka sudah murka. Maka mereka pun menyajikan berbagai
jenis sajian sebagai tanda taat tetapi anak lelaki itu tetap seperti
itu juga, tidak ada sebarang perubahan.
Selama empat tahun sebelumnya dia belum pernah berjalan. Padahal orang
tuanya telah memberikan air susu kambing serta berusaha untuk
menggerak-gerakkan kedudukan anaknya. Anaknya itu hanya minum seteguk
dua sahaja, kemudian terus tidur. Melihatkan anaknya dalam keadaan
seperti itu, orangnya tidak pernah merasa tenang. Hatinya sentiasa
tertanya-tanya apakah anaknya masih hidup. Mereka sering melelakkan
tangan atau melekapkan telinga pada dada anaknya itu. Di dapati
anaknya masih hidup.
Sebagaimana kala Rasulullah s.a.w.. “Kedua matanya tidur, tetapi hati
tetap terjaga.”
Pada satu malam tiba-tiba anaknya itu bergerak bangun, sementara orang
tuanya sedang tidur. Dia cuba merangkak kemudian berdiri untuk
berjalan dengan kedua kakinya. Kemudian dia berjalan perlahan-lahan
tanpa diketahui oleh kedua orang tuanya, seakan-akan ada roh lain yang
menyusup ke dalam rohnya sambil memberitahu dan membantunya untuk
berdiri dan berjalan. Sudah tentulah roh lain itu ialah Jin Syaitan
(Jinni Mutasyaithan) . Kedua-dua mata anak Ielaki itu cacat dan dia
telah dirasuk oleh syaitan yang bersemayam dalam patung lembu. Syaitan
itu memimpin kanak-kanak itu menghala ke patung Iembu betina. Kemudian
dia ditinggalkan tidur di sisi patung tersebut. Apabila ayahnya bangun
dia terus mendapatkan anaknya yang tertidur dipangkuan tuhan-tuhan
patung lembu betina itu. Ayahnya cuba mencari apakah makna peristlwa
yang terjadi itu telapi tidak berjaya menafsirkannya. Lalu ayahnya
itu tadi pun memanggil jiran-jiran tetapi jiran tidak mempercayai
dengan peristwia itu, mereka menuduh ayahnya sendiri yang membawa
anaknya itu dan meletakkannya dipangkuan tuhan-tuhan tersebut.
Jiran-jiran itu tahu anaknya itu lumpuh dan hanya boleh duduk sahaja.
Walaubagaimana pun berita mengenai hal itu tetap tersebar. Bagi
sesetengah orang yang mempercayainya datang berduyun-duyun ke
rumahnya untuk melihat dari dekat akan kejadian aneh yang terjadi
kepada budak lelaki itu. Dalam masa yang sama ada yang cuba mencari
berkai dari budak itu. Namun, hakim-hakim yang ada di kawasan itu
berasa tidak senang hati untuk menerima kebenaran kejadian itu dengan
begitu saja. LaIu mereka pun membawa ayah anak itu ke hadapan hakim
besar di kota yang kemudian memaksa ayahnya memberitahu apakah
sebenarnya yang terjadi. Ayah
menceritakan perkara sebenar telapi hakim-hakim tidak mahu menerima
kenyataannya, laIu ayahnya itu diperintah masuk penjara dan didera.
Ketika di dalam penjara dia dipaksa membuat kenyataan bahawa tidak ada
sesiapa yang harus dipatuhi kecuali hakim agung yang menguasai negeri
tersebut.
Setelah puas kena seksa maka dia pun terpaksa mengaku dan membuat
pengumunan di hadapan hakim dan penduduk negeri bahawa tiada tuhan
selain hakim dan bahawa tidak ada yang dapat memberi pertoIongan atau
mendatangkan bencana selain hakim. Dengan pengakuan yang dia buat itu
maka dia pun dikeluarkan dari penjara tetapi anaknya itu terpaksa
dijaga di dalam istana dengan penuh perhatian dan tidak dibenarkan
keluar dari istana hakim.
Berita tentang keajaiban anak lelaki itu semakin tersebar luas
sehinggakan heboh dan peristiwa itu disebut sebagai A’jubah as Samirah
yang bermakna (Keajaiban Samirah) Hakim amat marah dengan peristiwa
itu, dia tidak mahu menerima kenyataannya. Menurut hakim lagi, anak
lelaki yang ajaib itu sebenarnya telah dirasuk syaitan. Berita itu pun
disebar luas ke seluruh pelusuk dunia.
Hakim tidak berdiam diri, dia pergi mencari dukun untuk mengeIuarkan
syaitan dari badan budak itu. Hampir semua tempat ke pelusuk negeri
dan benua dicarinya bomoh, dukun serta tukang sihir untuk mengeluarkan
rasukan syaitan dari anak lelaki itu. Kerana menurut hakim syaitan itu
akan menggoncangkan singgahsana atau ‘Arsy Tuhan.
Apabila berita itu tersebar, suasana masyarakat pun menjadi kacau
bilau dan kelam kabut. Tiba-tiba ada seorang yang berpura-pura
sebagai ahli falsafah dari Samirah pun membuat pengumuman. Anak itu
memang betul-betul keturunan Samiri. Dua huruf ra dan ha’ (dua huruf
terakhir dari kata Samirah) Dulu Ia membawa makna satu negeri iaitu
negeri Syam kerana Sam bin Nuh as., adalah pendiri gerakan Samirah
setelah terjadinya banjir besar. Ketika Sam masih kecil, dia tidak
banyak bergerak sehingga datang malaikat yang kemudian mengajarnya
bagaimana cara menggerakkan kedua-dua kakinya. Anak itu adalah cucu
dari Syam.” Telapi tidak ada seorang pun yang mahu percaya dengan
kata-kata ahli falsafah itu. Sebaliknya dia pula dituduh orang gila.
Hakim pula telah memberi arahan supaya kenyataan ahli falsafah itu
tidak diperbualkan lagi oleh sesiapa pun. Barangsiapa yang cuba hendak
bercakap tentang hal itu akan dihukum.
Hakim pun membuat pengumunan anak itu diberi gelaran as-Samiri kerana
berdasarkan negeri kelahirannya dan bukannya sebab-sebab lain.
Ayah budak lelaki (Dajjal) itu pula kemudiannya mati kerana terlalu
menderita, kematiannya itu dipanggil adz-dzabhah ash-shadriyyal
aImutakarrarah yang bermakna (tekanan batin berlanjutan) . Ayahnya
mati kerana watak anaknya itu sangat ganjil.
Anak ajaib itu pun ditinggalkan dalam penjagaan dan pemeliharaan hakim
diistananya. Setahun kemudian, iaiitu kelika berumur Iima tahun, anak
itu pun mula berupaya bangun dan tidurnya, setelah bangun dia cuba
berbual-bual dengan orangorang di sekeliling istana itu, tetapi
perbualannya tengagap-gagap dan terputus-putus.
Orang-orang istana pun cuba hendak mengubati penyakit buta di matanya
tetapi doktor-doktor istana membuat kesimpulan bahawa penyakit atau
cacat itu tidak akan dapat disembuhkan secara perubatan biasa kerana
cacat itu nampaknya diciptakan oleh Yang Maha Kuasa.
Sebulan kemudian, ketika penduduk negeri itu sedang nyenyak tidur,
tiba-tiba datang peringatan dari Tuhan. Peringatan dari Tuhan itu
datang kerana penduduk negeri itu melakukan zina dan homoseksual,
sebagai orang-orang Sadum dan Amurah. Siksaan yang Tuhan turunkan itu
secara tiba-tiba tanpa diduga sama sekali.
Allah telah memerintahkan malaikat Jibril untuk memasukkan penduduk
negeri itu ke dalam bumi, sama seperti yang dilakukan kepada penduduk
Sadum dan Amurah. Yang terselamat tinggal hanyalah seorang anak kecil
(Dajjal) yang berada di istana itu. Jibril telah ditugaskan membawa
anak itu ke suatu pulau yang terletak di suatu lautan luas yang
disebut Laut Yaman. Laut ini mempunyai peranan penting di masa akan
datang. (Dari Laut Yaman inilah nanti terbentang jalan yang akan
dilalui seorang saleh yang mempunyai peranan penting dalam memerangi
Dajjal.
Anak lelaki itu tinggal seorang diri di pulau itu. Dia sentiasa
dijaga, diawasi serta diberi makan dan minum oleh malaikat itu tadi.
Anak itu kembali seperti biasa, iaitu banyak tidur dan sedikit
bergerak. Sementara itu Jibril kembali menghancurkan negeri yang penuh
dengan kemaksiatan itu dan menebalikkan negeri itu sehinggakan
bahagian atas negeri itu menjadi bawah. Maka selesailah seksaan Allah
ke atas orang-orang kafir itu.
Kemudian Jibril kembali membawa makanan untuk anak itu dari rezeki
Allah dan demi menjalankan perintah Allah tanpa sebarang persoalan.
Allah menyayangi anak itu dan berfirman kepada Jibril,”Hai Jibril,
anak itu adalah hambaKu. Tetapi di akhir zaman dia mengaku sebagai
tuhan yang disembah di muka bumi. Aku akan mengutus orang yang akan
menyiksanya dengan seksaan yang pedih dan akan membunuhnya pada suatu
masa tertentu yang tidak akan diingkari oleh hambaKu. Orang tersebut
adalah seorang nabi yang diutus pada suatu masa dan dia menjadi wali,
tanpa wahyu pada menjelang akhir zaman.
(Riwayat ini didapati dari seorang alim di negeri Yaman. Dia dikenali
dengan nama Haidar bin Anif Billah Abdullah bin Salem bin Syari. Dia
mempunyai banyak manuskrip mengerikan yang menurut katanya telah
berusia ratusan tahun. Bahkan ada skripnya yang mempunyai asal-usul
sejak 700 tahun sebelum Masehi. 0rang alim ini masih hidup dan berusia
110 tahun. Dia sendiri tidak mahu hidup di kota moden. Segenap
hidupnya dihabiskan dikhemah-khemah di padang pasir sahara
bersame-sama empat orang isterinya. Isteri-isterinya jauh Iebih muda
dari dia, iaitu sekitar dua puluh hingga tiga puluh tahun. Dia masih
kelihatan gagah. Ketika ditanya kepadanya tentang rahsia kegagahannya,
die menjawab bahawa dia tidak pernah meninggaikkan sembahyang malam,
tidak pernah meninggaikan sembahyang dan waktu yang ditentukan dan
jarang memakan daging dan garam. Makanan yang paling banyak dimakannya
iaiah madu, kurma, susu dan air putih.)
Pulau yang didiami oleh anak itu dikenali dengan nama jazirah atstsu
‘ban ar-rahib we ad-dabbah al-halba yang bermakna pulau ular yang
mengerikan dan haiwan berbulu tebal. Sebab menurut cerita tentang
pulau itu, setiap orang yang hampir dan singgah di pulau itu pasti
akan mati disengat oleh ular yang panjangnya beratus-ratus meter.
Sementara haiwan berbulu tebal itu mempunyai lidah yang dapat
bercakap-cakap dengan berbagai-bagai bahasa di muka bumi ini dan Ia
menguasai pulau itu. UIar itu adalah penjaganya dan buta matanya.
Haiwan itulah yang mengarahkannya.
Pulau itu sebenarnya kecil seperti sekumpulan batu yang membentuk satu
petak bumi yang penuh dengan berbagai mata air yang segar airnya serta
dikelilingi pokokpokok rendang yang saling berjalin. Pulau itu juga
dipenuhi dengan sumber-sumber yang berfaedah seperli berbagai-bagai
jenis bunga, tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok epal berwarna kuning
berbentuk aneh seperti kepala jin yang nampak indah dan tersusun rapi
bukan seperti kepala syaitan yang hodoh.
lklim pulau itu memang selamanya sejuk dan selalu turun hujan.
Pulau itu terletak di Lautan Hindi dekat dengan negeri Yaman. Pulau
yang didiami oleh anak ajaib itu nampak jauh dan terpisah dari
pulau-pulau yang jumlahnya banyak. Bahkan dari jauh pulau itu nampak
seperti sebuah bintang yang terlepas dari gugusan bintang lain, atau
bagai sebuah bulan yang terlepas dari edarannya yang penuh dengan
planet-planet lain. Ia menjadi sesuatu yang asing dan ganjil kenana ia
telah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa.
Walaupun anak itu dikunjungi dan diawasi oleh Jibril siang dan malam,
namun anak itu tidak tahu. Kerana sebagai manusia biasa dia tidak
dapat melihat malaikat Jibril itu, kecualilah dengan perkenan Allah
s.w.t. Disamping itu anak itu pula asyik tidur seperti penghuni gua.
Pada satu hari ketika umur anak itu telah mencapai lapan tahun,
kedua-dua matanya mula terbuka diiringi dengan kesedaran hatinya.
Sesudah itu, dia tidak lagi banyak tidur. Dia hanya tidur sekejap
sahaja. Pada mulanya, setiap kali terjaga dari tidur dia akan
mendapatkan makanan dan minuman segar yang berada di sisinya, sehingga
habis makanan dan minuman itu, dia kembali tidur semula. Diwaktu ini,
dia sudah mampu berdiri, bergerak, dan berfikir.
Malah dia mampu menangkap ikan dalam air dengan petunjuk bisikan suara
yang terdengar dengan jelas di telinganya dan dia boleh faham maksud
seruan itu dengan jelas.
“Buatlah seperti begini supaya kami menjadi begini,” kala bisikan
malaikat Jibril kepada anak itu.
Anak kecil itu pun berjalanjalan mengelilingi sekilar pulau yang dia
tinggal itu, dia rasa kagum dan terasing serta sentiasa berwaspada.
Dia berjalan sambil bersembunyi dengan penuh hati-hati.
Pulau itu dipenuhi dengan berbagai jenis burung dan binatang.Tidak ada
satu binatang buas dan ganas di pulau itu selain dari beberapa ekor
ular yang merayap dari Iautan yang menuju ke sana.
Satu hari ketika sedang merayau-rayau itu dia dikejutkan oleh seekor
binatang yang sangat besar, berbulu tebal dan mempunyai dua mata yang
menonjol seperti mata lembu. Tiba-tiba binatang itu bercakap dengan
bahasa yang dia boleh faham.
Binatang itu berkata,” Engkau adalah seorang anak yang diselamatkan
oleh Allah dari gempa bumi yang dahsyat ketika negeri Samirah dilanda
malapetaka. Engkau dibawa oleh malaikat Jibril ke sini. Malaikat
itulah yang menjaga makan dan minum engkau. Oleh itu janganlah engkau
mengkhianati janji mu dengan Allah. Sebab pada hati setiap anak Adam
telah tertanam ketaatan kepada Allah dan beriman kepada Nya selama
mereka masih berada dalam fitrah kesuciannya. Kerananya engkau menjadi
Muslim dan Mukim yang yakin dan taat kepada Tuhan Pencipta alam ini.
Dialah Tuhan yang Maha Esa.”
Kemudian binatang besar itu pun memberi isyarat kepadanya supaya
mengikutnya ke arah sebuah batu. Di batu itu tertera tulisan dalam
bahasa Arab. Binatang itu mengajarnya huruf demi huruf dan dia pun
mengikutnya. Kemudian binatang itu pun memberi isyarat kepadanya untuk
mengikutnya kepada berbagai permukaan batu lagi. Di batu-batu itu
tertulis kata-kata:
Batu pertama: La ilaha illallah (Tiada luhan selain Allah)
Batu kedua: “Allahu Wahid La Syarika lahu (Allah Maha Esa, tidak ada
sekutu bagiNya)
Batu ketiga: “Engkau dijaga dan diurus oleh Jibril. OIeh itu janganlah
kamu mengkhianati janjimu dengan Allah.”
Batu keempat: “Hanya engkau saja di pulau ini.”
Batu kelima: “Makanlah den nikmatilah makanan dari rezeki Allah ini
yang sesuai dengan keperluan dan kehendakmu. Tidurlah sesukamu.
Sembahlah Allah dalam berbagai keadaanmu dengan tasbih-tasbih keesaan
kepada Nya, yakni solat yang diwajibkan kepadamu. Allahlah raja,
Allahlah Maha Esa. Dia tidak berayah dan tidak pula mempunyai anak.
Allah lah Tuhan yang Maha Besar. Allah lah yang Maha Agung. Dan Allah
lah yang Maha Rja.”
Batu Keenam: “Jadilah engkau anak masa kini, wahai anak kecil.
Janganlah engkau menjadi anak masa lalu di pulau ini pada zaman apa
pun.”
Batu Ketujuh: “Tidak ada kitab bagimu kecuali apa yang dibawa
kepadamu oleh seorang Nabi terakhir, Nabi Muhammad s.a.w. yang datang
menjelang akhir zaman. Jika engkau beriman kepadanya maka engkau
adalah manusia masa depan yang beriman dan mempunyai keyakinan kepada
Allah. Tetapi jika engkau engkar kepadaNya maka engkau adalah manusia
depan yang dijanjikan akan mendapat seksaan Allah. Sesungguhnya engkau
berada di antara dua nabi yang berserah diri kepada Allah dan
sebenarnya semua nabi berserah kepada Allah. Jika engkau beriman dan
yakin kepada apa yang kami imani dan yakini, maka Allah akan
memudahkan kamu untuk mengimani penutup para nabi yang terdahulu dan
pengganti nabi yang telah wafat. Dia bernama Muhammad Al Amin. Dia
akan lahir sebagai Nabi dan Rasul di tengeh-tengah kaum yang buta
huruf. Dia berhijrah ke tempat yang banyak ditumbuhi pokok kurma dan
yang banyak mata air dan perigi dengan tanah yang subur. Jika engkau
mendustakan nabi yang mendahului Muhammad maka Allah akan menutup
hatimu dengan tabir kain yang hitam. Hatimu menjadi hitam terkena
sedikit warna putih dan condong kepada keburukan bagaikan kendi yang
penuh dengan lumpur di atas cermin terang. Akibatnya, hatimu tidak
dapat melihat cahaya dan akalmu hanya melihat dirimu sendiri saja
seperti lblis. Semoga Iaknat Allah ditimpakan atasnya, yang mendiami
Segitiga Bermuda yang lama itu dan engkau pun menjadi teman karibnya.
Betapa buruk seseorang yang ditemani makhluk terkutuk dan dijauhkan
dari rahmat Allah s.w.t. yang dibiarkan saja sampai suatu masa di
suatu negeri, iaitu di suatu lautan yang penuh hembusan angin kelak
ketika Allah tidak lagi menyayangi orang-orang yang terusir dari
rahmat Nya.
Jadilah engkau, wahai anak istimewa yang dijagai dan dibimbing
malaikat agung sebagai Mukmin yang mempercayai kewujudan Allah dan
malaikatNya, serta RasulNya. Jika tidak, engkau berada di dalam bahaya
dan dimasukkan kedalam penjara seribu tahun lamanya. Yang
memperingatkan mu dan menggembirakanmu di dalam penjara adalah seorang
Arab Mekah yang mendustakan Nabi yang jujur itu. Tempat hijrahnya
adalah tanahtanah subur yang banyak ditumbuhi pokok kurma. Engkau
akan berjasa pada hari ketika tiba musimnya memetik kurma di negeri
tempat diisra’ dan dimi’rajkan Nabi dari bangsa Arab itu. Ada banyak
air melimpah yang mengalir dan meresap ke dalam tanah di dataran
tinggi dan di tanah Thabaniyyah. Haram atas dirimu memasuki kota Mekah
yang dimuliakan Allah, Tuhan semesta alam.
Engkau tidak boleh memasuki tanah mana pun yang subur kecuali tanah
Uhud. Uhud adalah gunung yang mencintai Allah dan Allah pun
mencintainya. Engkau juga tidak boleh masuk negeri Quds tempat isra’
dan mi’raj, Nabi yang paling akhir. Ini adalah ilmu Allah untukmu yang
ditulis oleh Jibril, pembawa wahyu (amin al wahi) dan dia meninggalkan
tulisan ini untukmu, disamping batu beser berupa cincin dari Jibril
utusan Allah Tuhan semesta alam!’
Anak itu kemudian melihat di tepi batu besar ketujuh yang paling
besar di antara batu-batu besar lainnya yang menjadi batu tulis. Di
situ, dia terjumpa sepotong batu yang indah warnanya. Tanah berwarna
seperti dakwah emas berkilat yang digunakan Jibril untuk menulis. Pada
potongan batu itu tendapat peringatan Allah s.w.t. yang berbunyi. “Dan
tidaklah Kami menyeksa sehingga Kami mengutus seorang rasul (Al Isra
17:15)
lni adalah sebuah tanda dan isyarat bahawa tanah tersebut bukan
berasal dari pulau itu bahkan tanah itu bukan dari bumi manapun. Hanya
Allah saja yang lebih mengetahui. Dakwat itu berbaki kira-kira
sebanyak sebelah tapak tangan anak itu. Meskipun begitu ukurannya
tidak sama walau dengan tiga tapak tangan lelaki biasa kita.
Haiwan besar itu mula menerangkan makna tulisan itu dan diberitahu
juga bahawa anak itu diberi kebebasan untuk memiIih haluan masa
depannya. Apakah di masa akan datang dia mahu menjadi orang baik atau
orang jahat. Jika dia menjadi orang baik, maka dia akan menjadi
seorang lelaki biasa dan raja yang beruntung. Tetapi jika dia memilih
menjadi orang jahat, maka dia akan menjadi seorang yang mengaku AKU
SEBAGAI TUHAN yang berkuasa dengan kerajaan atau kekuasaan atas alam
jin kafir dan syaitan dan mereka adalah makhluk ciptaan Allah. Dia
akan menjadi raja yang menguasai alam manusia, sedang engkau termasuk
salah salu di antara mereka.Dia akan memerintah tetapi hanya menjadi
raja dalam waktu yang singkat sahaja.
Apa akan terjadi kesudahannya hanya Allah saja yang tahu sebab segala
sesuatu itu ditentukan olehnya. Dan tidak ada yang mengetahui
kesudahan segala sesuatu kecuali Allah s.w.t.
Seterusnya anak itu bertanya kepada binatang besar itu.
“Kalau begitu siapakah engkau sebenarnya? Apakah motif yang
mendorongmu datang ke sini? Dan siapakah yang mengajarmu bercakap dan
menjelaskan sehingga engkau mampu bercakap seperti manusia?” Binatang
itu menjawab.”Aku memang seekor binatang yang diciptakan dan
diperintahkan untuk berbuat demikian dan sentiasa berada di sini
bersamamu. Jibril, malaikat itu akan membawamu dari hutan di
penghujung dunia nanti. Hanya engkau saja satu-satunya orang hidup
dari suatu keturunan subur yang telah hancur. Aku juga bertugas
menjaga dan memeliharamu ketika Jibril tidak ada. Aku diperintahkan
untuk tinggal di pulau ini bersamamu sehingga engkau menentukan
pilihan hidupmu. Ajalku di sini bersama dengan keluarnya engkau menuju
pilihanmu.” Binatang itu memberitahu bahawa ia diperintah untuk
bercakap memberitahunya. Kemudian setelah itu Ia akan diam membisu dan
hanya mengeluarkan suara binatang sebagaimana lazimnya. Dia tidak akan
bencakap untuk kali kedua kecuali jika masa keluarnya anak itu dari
pulau tersebut sewaktu akhir zaman hampir dekat.
Mungkin pada masa di antara itu, hanya terpulang kepada Allah untuk
menentukannya. Mungkin aku mampu bercakap denganmu lagi.Sesuatu yang
ghaib tidak dapat diketahui oleh semua makhlukh. Ketahuilah bahawa apa
yang dikatakan sekarang ini adalah wasiat-wasiat dari malaikata
Jibril itu.
Selepas itu lidah binatang itu pun terdiam dan kembali seperti
binatang semula. Ia bernama Jassasah yang bererti terus menerus
memerhati untuk mencari maklumat dan memberitahukannya kepada anak
itu.
Difailkan dalam: Kisah Dan Tauladan



bagus bro. cuman kurang panjang. n’ juga krang lengkap ntar loe kena marah dajjal loe………..